Video Berita RTM dan One News (18 Ogos 2022).

One News – Pengkarya ada hak untuk menuntut royalti karya yang difotokopi.

Selaras itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memaklumkan, Malaysia Reprographic Rights Centre Malaysia Berhad (MARC) bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan bagi menjaga kepentingan hak harta intelek dalam bidang reprografi.

MARC turut menjadi agensi mengawal dan mengutip bayaran royalti lukisan yang difotokopi tanpa kebenaran pengkarya.

MARC merupakan agensi yang dianggotai persatuan antaranya Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Penulis Nasional Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=NmqhHQj_i7ohttps://www.youtube.com/watch?v=Zooi7R1uZ-E